6 Jam Bekerja Tanpa Henti Di Awal Ramadan, Frontliner Tersandar Mengigil Kepenatan

Sedang kita tenang menjalani ibadah puasa di rumah masing-masing, namun buat para petugas barisan hadapan, bulan ini mungkin lebih mencabar berbanding hari biasa.
Bayangkanlah, mereka masih perlu bertugas seperti biasa, dalam keadaan terik mentari sambil memakai sut PPE sehari suntuk, tanpa makan dan minum sudah pasti satu dugaan yang besar buat para petugas.

Dugaan di awal Ramadan

Seperti perkongsian yang dibuat oleh Nurul Nadirah di Facebook, yang merupakan salah seorang petugas barisan hadapan, bercerita mengenai pengalaman bekerja dalam misi Covid-19 ketika di awal Ramadan.

20 bas pelajar dari Mesir tiba Malaysia

Nurul Nadirah memaklumkan, pasukannya menerima lebih kurang 20 bas pelajar yang baru pulang daripada Cairo. Kira-kira, 400 pelajar yang baru tiba di Malaysia perlu disaring.
 “Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas seramai dalam 400 org pelajar dari Cairo…”
400 orang bukanlah angka yang kecil, ia juga memakan masa dan tenaga kerana setiap prosedur saringan perlu dilakukan dengan teliti.
“Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi sorang rebah dgn full ppe…”

Hampir pitam & muntah

Nadirah memaklukan, ada dalam kalangan rakan sekerja sudah kehabisan tenaga, kerana bekerja tanpa henti sehingga membuatkan ramai di antara mula berasa lemah, muntah dan hampir muntah.
“Kemasukan 6 jam tanpa henti, badan makin lemah, ada yg dah muntah, ada yg hampir pitam, ada yg badan dah menggigil…”
Bukan mudah pekerjaan mereka ini, semoga berkat bulan Ramadan yang mulia, wabak virus segera pulih agar dapatlah para petugas barisan hadapan berehat dan berpeluang memperbanyakkan ibadah.
Sumber : Nurul Nadirah

Related Posts