Bella Dally & suami tawar khidmat sanitasi surau dan masjid secara percuma

Mahu turut berbakti kepada masyarakat, baru-baru ini pelakon Bella Dally bersama suami telah secara sukarela menjalankan projek sanitasi di kawasan surau dan masjid di sekitar ibu kota.
Perkara itu dimaklumkan sendiri menerusi Instagram pelakon tersebut, berserta dengan foto yang dimuat naik memaparkan kerja-kerja sanitasi.
Tak perlu bayar apa2, semua ditanggung
Tambah Bella, dia dan suami amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu mereka membuat aktiviti kebajikan ini, dengan cara mendapatkan maklumat mengenai kawasan masjid dan surau yang perlu disanitasi.
Bella memberitahu, kesemua kos termasuk alatan dan bahan-bahan pembersihan semuanya di bawah tanggungan dia dan suami, wakil pihak masjid dan surau tidak perlu membayar satu sen pun.
Sumber : Bella Dally