Bersila Atas Jalan, Pekerja Kebersihan Bersahur Hanya Diterangi Lampu Lori

Pengorbanan frontliner ketika ini sangat besar kerana dalam bulan Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan, ramai yang diminta duduk dirumah bagi mengelakkan pendemik Covid-19 menular.
Namun bagi petugas kesihatan, anggota keselamatan, penghantar makanan serta pekerja kebersihan, mereka masih lagi bertugas seperti biasa.

Bersahur di jalan

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, satu gambar memperlihatkan sekumpulan pekerja kebersihan sedang bersahur dengan hanya diterangi lampu dari lori pembersihan menyentuh hati ramai.

Mereka kutpi sisa, kita buang sisa

Mereka keluar diawal pagi bagi membersihkan persekitaran agar tempat kediaman kita sentiasa dalam keadaan terjaga.
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji pekerjaan mereka yang jauh lebih mulia. Semoga dengan ‘perjuangan’ mereka ini mendapat ganjaran sebaiknya dari Maha Pencipta.

Mulianya kerja mereka

Tanpa mereka, siapa je yang sanggup

Sumber : Asri Ahmad

Related Posts