Cari saham akhirat, artis veteran Sheila Mambo aktif sertai misi bantuan Covid-19

Usia bukanlah penghalang, walaupun ketika kini tidak dapat meneruskan tugas sebagai anak seni, pelakon veteran Sheila Mambo menguatkan masa ini untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.
Terbaru menerusi IG, pelakon Filem Mami Jarum ini telah memuat naik beberapa foto dirinya bersama dengan kumpulan sukarelawan di bawah Mercy Malaysia menjalankan aktiviti kemanusiaan.

Syukur dapat bantu

Sheila menerusi entrinya meluahkan rasa syukur kerana dapat turut serta dalam misi sukarelawan, untuk membantu golongan yang memerlurkan sepanjang tempoh PKP ini.

Jaga jarak, jaga kesihatan

Usaha murni pelakon itu mendapat pujian dalam kalangan pengikutnya di Instagram, rata-rata mendoakan segala kerja sukarelawannya dipermudahkan.

Moga dipermudahkan urusan

Semoga dipelihara Allah

Stay safe kak…

Artis seperti ini patut dijadikan contoh untuk memberi inspirasi kepada orang ramai. Semoga akan lebih ramai lagi golongan selebriti tampil membantu.
Sumber : Sheila Mambo

Related Posts