“Frontliner vs Kayangan…” – Petugas KKM Tulis Kata2 Semangat Pada Sut PPE

Sejak Malaysia diserang dengan wabak pembunuh Covid-19, para petugas perubatan yang ditugaskan untuk terlibat dalam menangani kes ini, masih gigih lagi berjuang demi negara.
Sejak daripada hari pertama ditugaskan sehingga ke hari ini, pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa ditempuhi oleh pasukan barisan hadapan.
Terbaru, tular di sosial media beberapa foto para Petugas Kementerian Kesihatan ketika memasuki Flat Selangor Mansion untuk membawa keluar penghuni yang dipercayai positif Covid-19 ketika tinjauan.

“Frontliner vs Kayangan…”

Apa yang menjadi perhatian adalah, sut PPE yang dipakai mereka tertera kata-kata semangat yang ditulis di belakang sut mereka dengan pelbagai ucapan antaranya…
“Frontliner vs kayangan, Demi rakyat, jangan takut, kami nak raya…”

Sabar wahai wira2 negara

Foto tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan semangat yang ada dalam diri setiap petugas barisan hadapan ini, walaupun berdepan pelbagai dugaan.

Anda adalah harapan kami

Pesakit kayangan mohon sedar diri

Semoga para petugas kita mampu untuk berjuang sehingga Malaysia mampu bebas daripada cengkaman virus yang telah banyak meragut banyak nyawa.
Sumber : Harian Metro

Related Posts