Staff PETRONAS Sumbang RM6.4 Juta Pada Tabung Covid-19 Melalui Gaji Sukarela

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac 2020 sebagai satu usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu. Dana daripada tabung berkenaan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 ini.
KakitanganPETRONAS hari ini dilaporkan bersatu menderma RM6.4 juta menerusi inisiatif sumbangan gaji sukarela untuk disalurkan kepada Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumbangan itu disasarkan menambah dana khusus buat sumbangan barangan perlu dan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk frontliners serta sukarelawan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata kejayaan mengatasi pandemik memerlukan usaha semua pihak, termasuk yang tidak berada di barisan hadapan melalui galakan, sifat belas dan kemurahan hati.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa tindakan serba sederhana kami ini akan membantu golongan kurang bernasib baik semasa mereka memerlukan, selain menyediakan sokongan kepada petugas barisan hadapan memerangi COVID-19.” Tan Sri Wan Zulkiflee
Sumbangan gaji kakitangan menjadikan keseluruhan usaha PETRONAS memerangi COVID-19 berjumlah RM37.8 juta.
Sumber: Berita Harian.