10,000 helai kurta dah siap, terima kasih bagi sokongan – Ebit Lew

Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew meluahkan rasa syukur setelah perniagaan butik miliknya iaitu Elew’s Design mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak minggu lalu.
Menurut beliau, sebanyak 10,000 helai pakaian kurta telah disiapkan sebelum membuat penghantaran kepada pembeli yang sudah melakukan tempahan secara ‘online’.
‘Online’ sahaja, butik tutup!
“Pohon doakan yer. Syukur 10,000 helai kurta @elews_design dah siap. Sekejap jer habis baru ini. Terima kasih sokongan dan doa. Baru restock. Syukur,” tulisnya di laman Instagram.
Rata-rata peminat dan pengikutnya turut mengucapkan syukur dan tumpang gembira atas rezeki melimpah ruah yang diberikan oleh Allah SWT.
Ramai2 bagi sokongan

Moga bisnes terus maju!

Jaga kesihatan ustaz!

Membeli sambil menderma

Dalam perkembangan lain, pendakwah berusia 36 tahun itu masih meneruskan perjuangan bagi memberi sumbangan serta bakti terhadap golongan susah di beberapa negeri sekitar Malaysia.
Sumber : Ebit Lew
Read more: 10,000 helai kurta dah siap, terima kasih bagi sokongan - Ebit Lew https://ohmymedia.cc/10000-helai-kurta-dah-siap-terima-kasih-bagi-sokongan-ebit-lew