Bertugas jaga sekatan jalan, polis maut dirempuh pemandu mabuk

Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang maut selepas dilanggar sebuah kereta disyaki dipandu lelaki mabuk di di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS, lapor Malaysia Gazette.
Dalam kejadian kira-kira 2.20 pagi tadi itu, mangsa Safwan Muhammad Ismail yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap Toyota Hilux.
Menerusi sebuah posting, seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Ranger Farm berkongsi beberapa keping gambar kejadian tersebut.

Sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham

Kejadian baru berlaku;0220hrs 3hb5/2020SJR 5 Plaza Tol Kajang,Selangor.(1) sahabat anggota polis terbunuh akibat…
Salah seorang ahli keluarga arwah yang berusia 31 tahun itu, Aien Miziey turut memuat naik posting mengucapkan takziah buat keluarga mangsa selain mengiyakan Allahyarham dilanggar pemandu mabuk.

Salam takziah buat keluarga Pak Ngahku!

“Ni yang kes mabuk tu ke kak?”

Related Posts