Menetap Dari Kahwin Sampai Berumur, Pondok Usang Meniti Waktu Rebah Ke Tanah

Ustaz Ebit Lew antara insan yang tidak putus-putus untuk mengulurkan sumbangan kepada insan yang kurang berkemampuan semenjak PKP ini berlangsung. Pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan pendakwah ini, sehinggakan dia ada yang kurang senang dengan kebaikan yang dilakukannya.
Tidak mudah berputus asa, Ustaz Ebit Lew tetap meneuruskan usaha murni untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini hampir di seluruh Malaysia berbekalkan sokongan orang ramai.

Rumah tunggu hari nak roboh!

Hari ini, perkongsian pendakwah ini sekali lagi telah meruntunkan jiwa ramai apabila berkongsikan kisah serta nasib yang terpaksa ditanggung oleh sepasangan suami isteri yang merupakan warga emas.
Pasangan ini dilaporkan telah menetap di sebuah rumah kayu usang yang hampir roboh semenjak mereka berkahwin lagi.

Tak mahu pindah, rumah atas tanah sendiri


“Beri duit belanja pada mereka buat sementara…”

Disebabkan mereka tidak mahu berpindah buat sementara waktu, Ustaz Ebit Lew telah menghulurkan sedikit sumbang untuk mereka guna pakai. Rumah baru mereka pula bakal dibina bermula pada tahun hadapan dengan bantuan pihak zakat.

Semoga segala urusan dipermudahkan…

Ramai yang menzahirkan perasaan simpati dengan nasib yang menimpa pasangan warga emas ini. Ramai yang berharap segala bantuan yang dihulurkan kepada mereka ini.

 Ramai lagi yang susah kat Malaysia ni…

Tolongkah percepatkan proses buat rumah tu!

Sumber: Facebook.

Related Posts