Najib jadi loyar nk ajar Yeo Bee Yin. Sekali Abu Syafiq masuk komen suruh buat ibadat


Nampaknya kes melibatkan Reeza Aziz masih hangat di perkatakan walaupun hakim sudah membuat keputusan.
Berikut status terbaru Najib Razak mengulas isu ini sampai Ustaz Abu Syafiq pun masuk komen
“Biar saya jadi loyar sekejap nak ajar sikit pada Yeo Bee Yin(杨美盈)
Kes 1: ayah curi 4 paket milo untuk anak isterinya dipenjarakan didakwa bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Kes 2: ibu tunggal curi makanan supaya anak tidak kelaparan dipenjarakan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan
Begitu juga dengan kes-kes disebut Yeo Bee Yin tadi. Semua didakwa bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Boleh check dalam link-link yang Yeo beri dalam posting dia.
Kes Riza Aziz pula, kelima-lima dakwaan adalah bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001
https://malaysiagazette.com/2019/07/05/amla-riza-didakwa-terima -wang-haram-rm1-bilion/
Riza tak didakwa bawah Kanun Keseksaan seperti kes-kes disebut Yeo.
Yeo Bee Yin erti beza Kanun Keseksaan dengan AMLA, tak?
Persoalannya ialah jika Riza benar-benar curi dan peguam negara cukup bukti bahawa Riza curi dan bukan diberi pelaburan, kenapa pula peguam negara lantikan PH tak dakwa dia bawah Kanun Keseksaan pula?
Faham tak, DAP?
Posting Yeo: https://www.facebook.com/yeobeeyin/posts/1672680186219233
Kes rasuah Guan Eng yang digugurkan kerajaan PH pula adalah bawah dakwaan Seksyen 165 Kanun Kes3ksaan.
Jika nak banding pun, lebih sesuai untuk banding kes Guan Eng dengan kes Ibu tunggal, kes ayah dan sebagainya yang disenaraikan Yeo Bee Yin.
Semua di bawah Kanun Kes3ksaan.
Abu Syafiq masuk komen
Namun apa yang menarik, Abu Syafiq meninggalkan komen menegur Najib supaya memperbanyakkan amal dan sedekah di 10 Ramadhan yang terakhir. Abu Syafiq juga mengingatkan tanggunjawab Najib sebagai MPP Pekan
Denggan menggunakan nama fb Rasyiq Alwi berikut komen Abu Syafiq
“Najib Razak sudah sudahlah berpolitik DS Najib yg kami sayangi. Jom kejar 10 akhir Ramadhan ni dgn ibadah dan sedekah. Di Pekan ramai yg memerlukan”
Sebelum ini, banyak status-status Abu Syafiq yang menyindir Dato Najib
Facebook milik Ustaz Abu Syafiq dengan nama Raysid Alwi
Sebelum ini Abu telah berkongsi satu gambar bersama Najib dalam sebuah majlis
FROM ABU SYAFIQ TO NAJIB
1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah.
2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN.
PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan?? Maka sememangnya ada saling kritik mengritik disitu. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah.
3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan isu pembvnuhan Altantbya. Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak f1itnah.
Saya langsung tidak menjadikan isu hangat yang dikaitkan antara Altantvya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan mengh3ntam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membvnuh atau arahkan bvnuh AlTantvya.
Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fi1tnah DSN pun.
4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: “Malu itu adalah dari Iman”. Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku!
Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi.
5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan keatas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB. Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw keatas DS Najib secara terang-terangan.
Beliau kini PM keatas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye!

Wassalam.