Pemergian Yang Mulia Di Sisi Allah, Jumaat Terakhir Tiga Tokoh Agama

Hari ini negara kita mendapat perkhabaran sedih apabila dimaklumkan pendakwah dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus telah pun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Pemergian di hari Jumaat, mengimbau kembali kehilangan dua orang lagi permata ummah iaitu, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Dato Dr Haron Din.
Jumaat terakhir tiga tokoh agama
Sayu hati ini mengenangkan pemergian tiga orang tokoh agama, yang selama ini telah menyampaikan ilmu bermanfaat, buat sekalian ummah.
Tuan Guru Nik Aziz meninggal malam Jumaat
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, meninggal dunia pada malam Jumaat, bertarikh 12 Februari 2015, di usia 84 tahun, akibat menderita kanser prostat.
Datuk Dr Haron Din
Manakala, Datuk Dr Haron Din, di usia 76 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 16 September 2016, di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS), ketika masih menjalani rawatan jantung.
Datuk Ismail Kamus
Jumaat, 8 Mei 2020, giliran Datuk Ismail Kamus,72, pula dijemput Ilahi, akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.


“Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan dibebaskan daripada fitnah (azab) kubur”