TSMY dilantik dengan telus & adil, layak sebagai Perdana Menteri – Agong


Menurut laporan Malaysiakini, baginda bertitah sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita,” kata baginda.
Menerusi laporan Bernama pula, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan selain layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

▪️ Yang di-Pertuan Agong yakin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.
▪️ Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat - Yang di-Pertuan Agong