Buang imej seksi, Kilafairy kini berhijab! Neelofa doa agar kekal istiqamah

Selebriti popular Neelofa mendoakan rakan artisnya iaitu pelakon dan penyanyi Kilafairy supaya kekal istiqamah yang kini sudah tampil mengenakan hijab.
Menerusi Instastory, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa binti Mohd Noor memuat naik beberapa posting meluahkan rasa syukur atas penghijrahan anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu.
“Aku doakan semoga kau istiqamah. Semoga Allah tak bolak balik hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, semoga kau dapat menerima bermanfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh teladan kepada ramai orang.
“Bahagia dan tenang serta disayangi ramai insyaAllah. Kilafairy dah berhijab! Cantik kan, muka Pakistan pulak,” kata Neelofa.
Selain itu, rakaman video tersebut juga dikongsi semula oleh Kilafairy malah posting terbaru di Instagram miliknya turut memaparkan dia tampil berhijab.
Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan itu mengenai penampilan baru tersebut.
Terdahulu menerusi laporan media, pelakon berusia 28 tahun itu berhasrat mahu mengubah imej seksi yang cukup sinonim dengan dirinya.