Nenek 65 Tahun Tak Duga, Berjodoh Dengan Anak Angkat Sendiri Usia 24 Tahun

Jika sehingga sekarang ada yang masih lagi single atau belum lagi berkahwin, jangan mula risau. Mana tahu, sebenarnya jodoh kita itu masih lagi belum lahir!
Seperti kisah seorang wanita warga emas, yang tidak pernah menduga berjumpa jodoh dengan seorang jejaka muda ketika di usia 65 tahun.
Nikah anak angkat sendiri
Dikenali sebagai Mbah Gambreng, wanita warga emas itu telah sah bergelar isteri kepada Ardi Waras, berusia 24 tahun. Pada awalnya, Mbah hanya menganggap Ardi sebagai anak angkatnya sahaja.
Malah, sebelum ini Mbah telah mempunyai empat orang anak angkat yang lain, dan semuanya telah berkahwin. Maka, Ardi tinggal bersama Mbah sejak setahun yang lalu untuk membantu Mbah menoreh dan menjual getah.
Tak sedar cinta berputik
Perkenalan Ardi dan Mbah bermula di sebuah kumpulan kesenian, dimana Ardi merupakan penari dan Mbah pula merupakan pengurus kelab tersebut.
Setuju nikah pemuda 24 tahun
Tanpa disedari cinta di hati Ardi mula berputik terhadap Mbah, tetapi ketika itu Mbah menolak. Namun, setelah dipujuk akhirnya Mbah bersetuju mahu menerima lamaran Ardi.
Pasangan itu bernikah Jumaat lalu di Kampung Desa Bumiharjo, Indonesia. Ardi membayar Rp100.000 kepada Mbah sebagai mas kahwin. Kisah perkahwinan pasangan dengan beza umur 41 tahun telah perhatian media dan mula tular diperkatakan di media sosial.
Sumber : Kompas