“Sebelum ni sibuk beranak..” – Zizie Ezette ambil seorang lagi anak angkat

Menerusi laman Instagram, Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad berkata, beliau sedang dalam proses menguruskan perkara tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.
“Hari untuk uruskan dokumen pengambilan anak angkat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak. Baru lah ada kelapangan.
“Sebelum ni mommy sibuk mengandung dan beranak je tiga tahun berturut2. Tahun ni baru dapat relaks sikit. InsyaAllah tahun depan ada lagi sorang. Eh!,” tulisnya.
Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, beliau mengikut prosedur seperti yang dilakukan orang lain tanpa menggunakan sebarang ‘orang dalam’.
“Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama macam orang lain & betul mengikut undang2. Kena beratur, ambik nombor, tunggu giliran, isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna kabel,” katanya.
Hasil perkahwinan dengan Datuk Seri Bung Moktar, mereka dikurniakan cahaya mata pasangan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.
Sumber : Zizie Ezette