Malaysia Satu-satunya Negara Yang Laksanakan Morotarium Automatik
Di kalangan negara-negara yang memperkenalkan moratorium ini, Malaysia adalah satu-satunya negara yang terawal melaksanakan moratorium secara automatik dan hanya Malaysialah satu-satunya negara yang membuat moratorium selama enam bulan. Sejak 1 April 2020 yang lalu ataupun setakat 20 Julai, nilai moratorium tersebut adalah sejumlah RM59 bilion. Secara keseluruhan, seramai 7.7 juta rakyat Malaysia telah memanfaatkan moratorium iaitu sejumlah 93 peratus daripada peminjam individu. Kerajaan juga sedang dalam perbincangan dengan Bank Negara Malaysia dan sektor perbankan mengenai hala tuju ke hadapan, dan mereka telah memberi komitmen untuk terus membantu rakyat dan perniagaan yang memerlukan bantuan dalam tempoh yang mencabar ini dan sebarang keputusan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.