Kami dah cuba sedaya upaya, ” Adk Mubien ga gal dselamatkn ”
Seor4ng k4nak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan lem4s petang tadi ditemui dalam jarak lima hingga 10 meter dari Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini.
Mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam yang sebelum itu mandi bersama abangnya berusia 10 tahun ditemukan pihak bomba yang tiba di lokasi selepas menerima laporan kejadian berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.08 dan tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.
Sejurus tiba kami telah memulakan pencarian, seorang m4ngsa sudah diselamatkan oleh ahli keluarga dan orang awam.
Seorang lagi ditemukan selepas agensi terlibat menjumpai objek sejauh lima hingga 10 meter dari pantai pada pukul 6.15 petang dan ketika ditemukan m4ngsa dalam keadaan terapung dan agak lemah, katanya hari ini.
Tambahnya, selepas ditemukan dan dibawa ke pantai, m4ngsa terpaksa diberikan bantuan pern4fasan yang mengambil masa selama 40 minit.
Agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian telah menyerahkan m4ngsa petugas kesihatan untuk dibawa ke Hospital Port Dickson bagi tindakan selanjutnya, katanya.
Mengimbau kembali kegembiraan keluarga ini menyambut hari kelahiran berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka men1nggal dunia selepas lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemuk, di sini petang tadi.
Mangsa bagaimanapun disahkan men1nggal dunia di Hospital Port Dickson, Bapa m4ngsa, Muhammad Miqdam Bahtiar, 36, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun seorang lagi anaknya yang berusia tiga tahun.
Kami sekeluarga sampai pada pukul 3 petang di pantai bagi menyambut hari kelahiran anak saya yang ketiga. Selepas makan, anak-anak saya duduk di tepi pantai untuk bermain air dan saya ada berpesan agar mandi di tepi pantai sahaja.
Kejadian berlaku agak pantas, tidak sampai beberapa minit, saya lihat anak saya sudah berada di laut, Saya cuba berenang untuk mendapatkan anak saya namun tidak sempat kerana ombak agak kuat.
Ombak terlalu kuat dan menolak, dan saya juga hampir lemas namun sempat berpaut pada batu, katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson hari ini.
Menurut Muhammad Miqdam, ketika kejadian, terdapat orang awam yang turut berenang untuk menyel4matkan anaknya.
Terdapat orang awam yang membantu namun terpaksa berpaut ke tepi batu kerana ombak kuat,Selepas agensi penyelamat datang mereka menjumpai anak saya terapung, katanya.
Dalam pada itu, dia memberitahu, reda dengan kejadian tersebut dan menerimanya sebagai ketentuan takdir.
Katanya, jen4zah anaknya itu akan dibawa ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 1, Bandar Sri Sendayan, Seremban malam ini.
Semoga keluarga arwah tabah kehilangan anak tersayang tidak disangka oleh mereka kegembiran mereka bertukar duka yang maha esa lebi sayangkan anak syurga mereka Muhammad Nurmubien. Al fatihah.