Arwah Gmie Screen Selamat Dik3bumikan. Tak Benar Kawan Datang Melawat Ketika Skit

Arwah Gmie Screen Selamat Dik3bumikan. Tak Benar Kawan Datang Melawat Ketika Skit

BERITA sedih pemergian penyanyi Gmie Screen turut memberi kesan mendalam kepada rakan-rakan artis terutama kawan baiknya, Amy Ukays. Amy atau nama sebenar, Azmi Hassan, 48, berkata, dia mengetahui keadaan kesihatan arwah merosot sejak sebulan lalu namun meminta perkara itu dirahsiakan daripada umum.

“Saya sebenarnya dah lama tahu yang Gmie s4kit, cuma waktu itu dia tak war-warkan pada orang ramai dan minta kami rahsiakan perkara tersebut. Ramai kawan-kawan yang nak datang berjumpa dengannya, tetapi dia tak benarkan sesiapa datang melawat sebab tak nak kawan-kawan sus4h hati kerana dia.

“Saya pegang janji itu sampailah dapat berita 2.30 pagi tadi (Jumaat) yang dia telah meningg4l dunia,” katanya kepada mStar.

Gmie menghembuskan nafas pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meningg4l dunia pada usia 50 tahun akibat peny4kit buah pinggang berlub4ng. Jen4zah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perku.buran Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor kira-kira 10.30 pagi Jumaat.

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Nizam Laksmana, Zamani Slam, Hadi Fashla, Wan Screen, Zack Budak Kaca Mata dan Ali Terrarossa. Berkongsi pengalamannya sepanjang mengenali arwah, kata Amy, Gmie adalah seorang sahabat yang baik dan tidak pernah somb0ng walaupun popular.

“Sedih juga bila dapat tahu, tapi mungkin sudah tiba aj4lnya. Kami berkawan rapat sejak tahun 1996 dan terlalu banyak kenangan kerana sebelum ini banyak buat persembahan bersama. Pemergiannya itu seperti satu kehilangan permata sinar dalam industri seni, kerana dia seorang penyanyi yang bagus dan ada suara yang sedap.

“Arwah ni peramah, jujur, baik dan kalau berkawan dia memang ikhlas. Tak s0mbong dengan orang lain walaupun dia popular,” ujarnya. Sementara itu, pengurus arwah, Fuad Syahrin Misbah berkata, Allahyarham hadir dalam mimpinya pada malam Jumaat sebelum dia menerima berita meninggal dunia.

Katanya, dalam mimpi itu, arwah berbaju serba putih dan berada dalam keadaan sihat sambil meminta menyampaikan pesanan kepada kawan-kawan. “Malam tadi sebelum saya dapat berita dia meningg4l dunia sebenarnya saya ada mimpikan dia. Dia datang dalam mimpi dalam keadaan bersih dan tak nampak s4kit pun.

“Dia minta saya tolong sampaikan salam kepada kawan-kawan, selepas itu saya terjaga dan baca WhatApps yang dia sudah pergi,” ujarnya. Fuad yang bekerja dengan Gmie sejak 2016 menyifatkan Allahyarham seorang yang baik dan tidak pernah meny4kitkan hati orang lain.

Gmie tinggal pesan jaga ibu, keluarga - Kosmo Digital

“Saya kerja dengan dia sejak GV3 tapi kami saling mengenali pada tahun 90 lagi, dia seornag yang sangat baik dan sentiasa gembira,” ujarnya. Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta. Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim (ketiga GV3) terbitan Astro pada 2016.

Sumber : MSTAR ONLINE via http://www.awatttsyeikhh.com/

Related Posts