Nora Ariffin Sahkan Dia Kini Bergelar lsteri Dr Rushdi Ramli


Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.

Perk0ngsian tersebut dikongsikan penyanyi berusia 48 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, pada Khamis.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis hari bahagianya itu.

“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jod0h dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwh Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hkum sahaja.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya k0ngsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajaI adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.

“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya.

Menerusi perk0ngsian sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.

Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.

“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akh1rat, insyaAllah.

“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.

“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.

Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyrham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, arwh Johan mninggaI dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun ak1bat srangan jntung.

Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemerg1an anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Foto: Instagram, Berita Harian (ihsan Nora Ariffin), MH

Related Posts