Bapa Tunggal Membesarkan Anak Sendirian Dengan Penuh Tanggungjawab,Tiba-tiba si ibu Yang Dahulunya MenghIlang hadir ke rumah dengan pegawai p0lis dan ambil anak-anak atas arahan mahkamah

Bapa Tunggal Membesarkan Anak Sendirian Dengan Penuh Tanggungjawab,Tiba-tiba si ibu Yang Dahulunya MenghIlang hadir ke rumah dengan pegawai p0lis dan ambil anak-anak atas arahan mahkamah

Seorang bapa tunggal datang bertemu aku petang tadi. Sebenarnya dia nak datang jumpa aku sejak 2 minggu lepas. Namun masa tu aku sibuk turun bantu m4ngsa banjir. Hari ni baru ada peluang. Dia bawa satu beg besar. Dikeluarkan fail demi fail, surat demi surat.

“Ni dia cikgu surat mahkamah. Cikgu tolong saya, cikgu,” rayu dia dalam sebak.

Aku baca satu persatu arahan mahkamah yang menyebabkan anak-anak dia diambil balik oleh si ibu. Aku tarik nafas dan cakap, “Bang. Kita akan fight kes ni. Saya akan bantu abang semampu saya. Abang punya hak besar ni. Peluang menang tinggi ni”.

Jelas nampak dia tarik nafas lega. Kemudian kami bincang dan berborak tentang kes dan dan kehidupan dia. Lelaki ini, aku kenal lebih 3 tahun lalu. Masa tu aku dapat info dari Fadamir Saad, seorang lelaki tinggal dalam stor bersama dua anak kecilnya.

Terus aku bergegas ke sana dan jumpa abang ni dengan dua anak dia yang comel. Seorang usia 10 tahun (Perempuan), seorang 5 tahun (Lelaki). Aku usaha cari rumah sewa, bantu dia pindah dan mulakan kehidupan yang lebih baik dan selesa. Dari itu, kami sentiasa berhubung. Anak-anak abang ni aku dan Fadamir anggap macam anak-anak sendiri.

Nak raya, Amir bawa pergi beli baju raya. Nak buka sekolah, aku bawa cari baju sekolah, beg, kasut dan sebagainya. Bekas isteri dia tinggalkan dia dan anak-anak dah hampir 4 tahun. Dia pulang kerja jam 11 malam lihat anak-anak kecil terbiar di rumah.

“Mama mana?” soalnya pada si kakak.

“Mama kata dia keluar kerja. Mama bawa beg baju dan janji bila pulang akan belikan gula-gula”, jawab anak jujur.

Setelah beberapa hari isteri tidak pulang, dia buat report polis. Dari situ dia besarkan anak-anak sendirian. Bila tuan rumah minta keluar sebab nak jual rumah, dia dan anak-anak tinggal di stor bu.ruk sahaja lebih 5 bulan.

Dan disitu detik perkenalan kami. Aku bersaksi lelaki ini menjaga kedua anaknya dengan penuh kasih sayang. Anak-anak cukup suka tinggal dengan dia. Beberapa kali aku ‘terjah’ rumah dia. Ziarah tanpa bagitahu. Setiap kali masuk rumah, rumah mereka bersih yang amat. Kalah rumah aku. Memang disusun elok semua barang, cadar sentiasa tegang, baju bergantung rapi, dapur kemas, bilik air bersih.

bapa tunggal

Lelaki ini seorang yang teliti. Bahkan dia catat semua kerja sekolah anak-anak dia termasuk waktu PdPR. Kerja mana yang dah dihantar, kelas mana yang anak dia tak dapat masuk serta ditulis alasan.

Hebat!

Satu borang juga dia sediakan untuk pantau kesihatan anak-anak. Tarikh bila anak s4kit, bil hospital semua lengkap. Memang seorang ayah yang sungguh bertanggungjawab. Setelah hampir 4 tahun ibu menghilangkan diri, dua minggu lepas si ibu hadir ke rumah dengan pegawai polis dan ambil anak-anak atas arahan mahkamah.

Kes masih berlangsung, si ayah tiada kemampuan nak pasang lawyer dan fight balik. Ada tak kawan-kawan aku kerja lawyer syariah yang ofis sekitar KL? Kami perlukan khidmat kalian untuk fight kes ni. Jangan risau, kos semua kami tanggung.

Lelaki ini merindukan anak-anaknya. Anak-anak yang dijaga penuh kasih sayang sendirian sejak 4 tahun lepas kini tiada disisi. Kosong hidupnya kini. Semoga ayah yang penyayang ini dapat kembali bersatu dengan anak-anak kesayangannya.

Sumber : Cikgu Fadli Salleh ( Facebook )via https://realmerah.com/

Related Posts