(VIDEO) 3 Bulan Kawin “Uqasha Senrose Terkejut Dengar Bunyi Dengkur Suami”


Tiga bulan kahwin, Uqasha Senrose terkejut dengar bunyi dengkur suami

Selepas hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon popular Uqasha Senrose berkongsi ‘rahsia’ mengenai suaminya Kamal Adli setelah menjalani kehidupan bersama.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, dia seolah-olah tidak menyangka apabila mendengar bunyi dengkuran suaminya yang juga pelakon ketika tidur.

Comelnya pengantin baru ni!

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia terkejut tetapi menganggap ia lucu apabila suaminya menghasilkan bunyi kuat seperti itu sekali gus akan menjadi kebiasaan sebagai isteri.

“Kalau tidur, dia dengkur (sambil menghasilkan bunyi). Pastu saya macam..(mampu tengok sahaja),” kata Uqasha ketika ditemu bual program hiburan terbaru Hlive! baru-baru ini.

Hlive! memuat naik temu bual itu di laman Instagram sehingga menerima lebih 500 komen terutama dalam kalangan peminat yang memuji kemanisan dan kebahagiaan pasangan tersebut.

Rata-rata menyifatkan pasangan itu kelakar dan tidak ‘bermuka-muka’ antara satu sama lain selain mendoakan mereka agar kekal bahagia hingga ke syurga.

Menurut pasangan berkenaan, perkara itu hanyalah untuk berkongsi cerita selepas terdapat segelintir netizen menyifatkan Uqasha tidak perlu bertindak membuka aib suaminya.