Guru Al-Quran meninggal dunia ketika sedang mengaji
Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah.
Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, Mehmed Ali Seflek Hodja, 96, yang menjadi bualan ramai.
Jenazahnya ditemui dalam keadaan kepalanya terbaring di atas halaman muka surat al-Quran, akibat serangan jantung malam Selasa lalu.
Memetik portal Haberurfa, warga emas itu sememangnya uzur akibat faktor lanjut usia.
Sepanjang hayatnya, Seflek mengabdikan dirinya dalam mengembangkan ilmu al-Quran dengan menjadi tenaga pengajar kepada ribuan pelajar.
“Permata berharga Nazilli, Ali Şeflek kembali kepada pencipta semasa membaca al-Quran.
“Semoga syurga tempatnya,” katanya.
Seflek dikebumikan di tanah perkuburan Eğriboyun selepas solat jenazah di Masjid Koca, Nazilli.