Ini Luahan Seorang Isteri Pramugara MH370 Selepas 8 Tahun Keti4daan Suami.“R3da bukan berm4kna ti4da t4ngis4n”
Reda bukan bermakna tiada t4ngisan! itu luahan seorang Isteri pramugara MH370 selepas 8 tahun keti4daan suami. Perkongsian tersebut ternyata menyentuh hati sesiapa jua yang membacanya. Didoakan semoga beliau terus bersabar dan didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Namun, ins1den yang berlaku pada 8 Mac 2014 tetap segar di ingatan ramai terutama dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk keluarga bagi 239 penumpang dan anak kapal. Antara individu yang tidak pernah putus berdoa dan berharap tentunya isteri kepada pramugara Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Intan Maizura Othaman, 42.
Wanita cekal ini berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suaminya melalui pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Rakaman berdurasi kira-kira 10 saat itu, turut memaparkan Mohd Hazrin segak berpakaian seragam pramugara MAS sambil membawa bagasi sebelum memulakan tugasan.
Mohd Hazrin antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Menerusi luahan di laman sosial, Intan Maizura berkata, dia dan keluarga sentiasa merindui suaminya meskipun ins1den berlaku lapan tahun lalu.
“Lapan tahun berlalu, tiada kubvr hanya memori. Kami sentiasa rindu. FS (flight stewart) Mohd Hazrin 8hb Mac MH370, rindu kami tak pernah padam. Tunggu kami di pintu syurga,” tulis Intan di aplikasi TikTok miliknya, @intanmaizuraothaman.
Mohd Hazrin adalah antara kru ketika pesawat MH37o hil4ng sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Ch1n4 pada 8 Mac 2014. Sementara itu, Intan yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi ‘memori MH37o’ menerusi aplikasi story di laman Instagram miliknya @intanmaizuraothaman pada Selasa. FS Mohd Hazrin 8hb Mac MH37o, rindu kami tak pernah padam. Tunggu kami di pintu syurga
Antaranya ialah posting yang memaparkan foto suaminya dalam persalinan pakaian seragam dan bersongkok.
“Reda bukan bermakna tiada t4ngisan, tetapi penerimaan tanpa persoalan dengan apa yang Allah SWT tentukan,” tulisnya.
Ini termasuk imbasan posting yang memaparkan foto anak lelakinya dalam satu majlis memperingati MH370. “Good Night Malaysia Three Seven Zero (Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong,” menurut kapsyen Intan dengan emoji hati dan kapal terbang, merujuk perbualan terakhir antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat MH37o yang hilang.
Perkahwinan Intan Maizura dan Mohd Hazrin dikurniakan seorang anak perempuan, Iman, 13 serta seorang anak lelaki, Muhammad, 8.
Sumber : Mstar via https://newshubs24.com