RAKAMAN VIDEO- Allahu Akbar, Masjid Jamek & Beberapa Kawasan Di Bandaraya KL ‘Dit3nggelami’ Air-.


RAKAMAN VIDEO- Allahu Akbar, Masjid Jamek & Beberapa Kawasan Di Bandaraya KL ‘Dit3nggelami’ Air-.

Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang pada petang ini telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk di sekitar Kuala Lumpur.

Peningkatan paras air yang berlaku dengan cepat menyebabkan orang ramai terkandas dan kenderaan milik mereka juga tenggelam.

Menerusi perkongsian orang awam di media sosial, kawasan Masjid Jamek dan KLCC turut ditenggelami air banjir.

Sementara itu, sebentar tadi Jalan Kuchai Lama juga dilaporkan telah dilanda banjir kilat sehingga merencatkan trafik di kawasan itu.

Memetik laporan Bernama, banjir kilat di lebuhraya Kesas mengakibatkan empat lorong terhalang di Plaza Tol Awan Besar arah Barat serta hanya satu lorong boleh dilalui di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.

Tidak cuma itu, ia juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART melibatkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.

Sumber:SIAKAP KELI

Related Posts