Video “Mak Siapa Tu?”- Netizen Kec4m Tindakan Wanita Sapu Licin Kuih Ketika Majlis Masih Berlangsung
Apa sahajalah orang kita ni kan? Ada jer isu yang jadi trending disebabkan tingkah laku orang kita yang bermacam-macam. Sekarang ni, tersebar pula video menunjukkan seorang wanita yang juga tetamu dalam satu majlis perkahwinan ambil kuih yang dihidangkan tuan rumah walaupun majlis masih berlangsung.
Video itu trending di TikTok di mana wanita yang memakai baju kurung biru gelap itu dilihat sedang memilih kuih yang mahu dibungkus untuk bawa pulang.
Dia dilihat mengambil kuih muih sehingga licin sebelum memasukkannya ke dalam plastik berwarna hijau dan terus berlalu pergi.
Tak patut buat macam tu!
Rata-rata berpendapat, wanita itu tidak seharusnya berbuat sedemikian kerana ketika itu majlis masih berlangsung dan belum selesai.
Memang normal dan menjadi kebiasaan ibu-ibu yang membawa lauk pauk atau makanan lain yang tidak habis di majlis kahwin. Tetapi, tindakan wanita terbabit dikritik kerana tetamu jemputan masih lagi berada di lokasi majlis itu diadakan.
Kredit: TikTok via https://ohmedia.my/