Akhirnya Ditangkap Dan Ini Sbb Keenapa Dia Tak Beri Laluan Pada Ambulan


Tindakan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V menghalang laluan sebuah ambulans walaupun siren telah lama dibunyikan mendapat kritikan banyak pihak.

Turut sama berkongsi sikap pentingkan diri pemandu berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook beliau.

“Astaghfirullah masih ada pemandu yang pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak ambulan walaupun siren ambulan sudah lama dibunyikan di belakang kereta ini,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 39 saat yang dikongsi di Facebook itu memperlihatkan pemandu Honda CR-V yang tidak mengubah laluannya di lorong kanan biarpun siren ambulans telah lama dibunyikan.

Sikap pemandu berkenaan yang tidak memberi laluan kepada ambulans itu membuatkan ramai naik angin.

Pemandu Honda CRV halang laluan ambulans ditahan

Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini ditahan hari ini.

Polis sebelumnya memanggil pemandu dan pemilik SUV itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.

Katanya, hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaran ‘Tinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan

Sebelum ini, video berdurasi 37 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna media sosial di laman Facebook semalam memaparkan SUV itu enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa pemandu ambulans ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.

Sumber – KOSMO! ONLINE | Figuraku

Related Posts