Bagi Izin Kahwin Lain & Ajak Beli Barang Meminang, Suami Janji Adil Pada Isteri
Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tengah sedih
Dalam poligami, golongan lelaki diberikan kebenaran untuk berkahwin melebihi seorang dengan syarat segala tanggungjawab mampu dilaksanakan dengan baik. Namun, tidak ramai isteri yang ikhlas berkongsi kasih suami tercinta dengan wanita lain. Kadangkala walaupun nafkah dan keadilan dicurahkan sama rata, pasti ada sekelumit rasa kecewa dan sedih dengan situasi tersebut.
Dalam sebuah video dimuat naik di TikTok, seorang pengguna bernama Helmi berkongsi pengorbanan si isteri yang sanggup memberi izin kepadanya untuk berkahwin lain. Lebih mengejutkan, wanita tersebut dilihat turut serta dalam pembelian barangan rombongan meminang bersama suami dan cahaya mata mereka.
Aku tahu hati dia tak 100% reda…sebab berkongsi suami adalah sukar untuk semua wanita
Ujar Helmi lagi, dia sangat memahami semua wanita pasti mengalami kesukaran dan berasa berat hati untuk bermadu kasih suami dengan orang ketiga. Bahkan dia juga akui perasaan suri hatinya tersebut tidak sepenuhnya reda dengan perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Disebabkan terharu dengan kecekalan hati si isteri, lelaki berkenaan berjanji akan tetap berlaku adil dalam rumah tangga kelak.
Wanita yang kuat ni dia turutkan sahaja niat suami…Tapi bila sekali tercalar hatinya hanya Allah yang tahu
Meninjau ke ruangan komen, para warganet berasa hairan dengan tindakan lelaki berkenaan. Ini kerana, dia masih ingin berkahwin lain walaupun hakikatnya hati isteri pasti terguris dan kecewa. Selain itu, ada juga netizen berkongsi pengalaman sama namun berpisah jua akhirnya kerana tidak sanggup bermadu.
Kredit: TikTok Helmi Juhari