Bakal Doktor Ini Jadi Imam Solat Terawih Dan Juga Hafiz 30 Juzuk Al-Quran


Solat sunat Terawih merupakan amalan yang sering ditunggu untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Kebiasaannya, solat Terawih dilaksanakan secara bersama di masjid bagi memperoleh keberkatan solat berjemaah.

Menjadi kelaziman di beberapa buah masjid yang memanggil imam-imam yang terdiri daripada pelajar tahfiz untuk mengimamkan solat tersebut.

Bakal bergelar doktor, hafiz Al-Quran. Sejuk perut ibu mengandung. Siapa kata mengaji agama untuk jadi ustaz je?
Malam imam siang pelajar

Bagi Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya dan beberapa majid di sekitar Lembah Klang, pihak pengurusan telah memanggil Muhammad Syazwan bin Mohd. Basil, 25, sebagai imam solat Terawih di masjid itu.

Bakal bergelar doktor

Merupakan seorang pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan sedang menjalani praktikal di Hospital Putrajaya, Syazwan yang berasal dari Pulau Pinang tidak berasa terbeban dengan tugas murninya itu.

Sudah jadi Imam Rawatib sejak 2015

Bakal bergelar doktor tidak lama lagi, Syazwan mengakui tugas tersebut mencabar memandangkan dia masih bergelar pelajar. Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, dia menjelaskan bahawa perkara itu dapat ditangani kerana sudah menjadi imam Rawatib sejak tahun 2015 lagi.

“Sebenarnya saya akui mencabar apabila bergelar penuntut dan dalam masa sama, perlu mengimbangkan tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib sejak 2015 di masjid itu.” Katanya.

Dapat sentiasa ingat ayat al-Quran

Syazwan yang juga bekas pelajar Darul Quran ini turut berkata, tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib juga membantunya memastikan 30 juzuk al-Quran yang dihafaznya sentiasa diingati dan diamalkan. “Bagi saya, al-Quran ini adalah amalan kita setiap hari untuk bekalan akhirat dan kerjaya doktor di dunia ini diseimbangkan.” – ujarnya.

Jadi inspirasi kepada anak muda

Menerusi akaun Facebook sumber, rata-rata warganet berasa kagum dengan cara Syazwan ini membahagikan tugas harian dengan tanggungjawabnya pada sebelah malam. Mereka turut terkesan dan berasa terinspirasi dengan bakal doktor ini.

Sumber dari hiburan kini via Oh My Media via majalah-harian.com

Related Posts