Dia Pvkul Saya S4mpai Masuk Hospital 3 Kali’ Luahan Wanit4 Melayu Ini Kahwin Dengan Mat Salleh Biawak Buka Mata Orang Ramai
Perkongsian seorang wanita di Facebook mengenai bekas suaminya berbangsa Sweden tular di media sosial sejak Jumaat.
Dalam hantaran terbabit, wanita berkenaan mendedahkan bekas suaminya telah berkahwin dengan ‘wanita simpanan’ yang berbangsa Melayu di Langkawi demi meloloskan diri daripada kepompong kemiskinan di Sweden.
“Ini bekas suami saya dan ‘wanita simpanannya’. Mereka telah berkahwin di Langkawi kerana dia mahu melarikan diri daripada belenggu kemiskinan di Sweden.
“Mereka berdua telah men1pu saya ketika saya sedang bersusah payah melakukan dua kerja dalam satu hari. Dia (wanita itu) perosak rumah tangga.
“Bekas suami saya tinggal bersamanya ketika saya menghambakan diri untuk menyaranya ke kolej, membelikan insurans dan menyediakan perbelanjaan untuknya,” kata wanita berkenaan.
Lebih memburukkan keadaan apabila berlaku campur tangan orang ketiga dalam rumah tangga mereka sebelum memutuskan untuk berpisah.
“Isteri barunya memaksa saya memberikannya RM1,500 sebulan sebagai salah satu syarat untuk kami bercer4i.
“Bolehkah seorang wanita muslim yang belum berkahwin tinggal bersama lelaki yang sudah berkahwin? Bukankah ia melanggar hukum agama?” tambahnya.
Malah, wanita berkenaan didakwa telah mencemarkan nama baik dengan menyebarkan f1tnah terhadap bekas isteri suami baharunya.
“Berhati-hati dengan siapa kamu berpacaran kerana segelintir orang berhati jahat dan punyai pelbagai motif. Dia terlalu malas untuk mencari pekerjaan sepanjang perkahwinan kami.
“Malah, dia pernah melakukan keg4nasan dan saya pernah dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali kerana dipukvl,” dedah wanita itu lagi.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet, yang menyifatkan biawak hidup tidak mengira latar belakang dan asal-usul.
“Janji mat salih. Dah habis bangga dah tayang bila balik kampung.
“Tak kira bangsa apa, negara mana biawak hidup ada je.
“Good luck. Ada sejarah pukvl bini, lagi nak kahwin dengan jantan kaki pukvl. Alahai cinta konon.. tumpang gembira buat ex-wife,” demikian tulis beberapa pengguna media sosial.
Bagaimanapun, salah seorang teman rapat wanita yang menjadi mangsa lelaki Sweden itu tampil berkongsi cerita.
“Er*c* datang ke tempat kerja lama saya untuk mendapatkan bantuan. Masa dengar cerita kena pukvl tu, dada rasa nak pecah tahan seb4k dan geram,” ciapnya.
SUMBER:GEMPAK