Benarkah Dalam Islam Membenarkan Seorang Lelaki Melihat Kecantikan Bakal Isterinya Termasuk Anggota Tubµh Badan
Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, daripada Mughirah bin Syu’bah yang bercerita,
“Aku pernah melamar seorang wanita, lalu Rasulullah SAW bertanya, “Apakah engkau telah melihatnya?” “Tidak,” jawabku. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Lihatlah dia, kerana yang demikian itu akan mengekalkan kasih sayang di antara kamu berdua.”
Dalam hadis lain, Jabir meriwayatkan, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu melamar seorang wanita, sekiranya dia dapat melihat sesuatu daripadanya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah dia melihatnya.”
Jabir juga menyɛbut, “Saya melamar seorang wanita, lalu secara sembunyi-sembunyi melihatnya sehingga saya melihat sesuatu yang mendorongku untuk mengahwininnya dan kemudian saya pun mengahwininya.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Berdasarkan nas-nas tersebut, para ulama berpendapat bahawa perlu melihat pasangan terlebih dahulu sebelum mengahwininya. Namun terdapat perbezaan pendapat mengenai bahagian wanita yang boleh dilihat oleh bakal suaminya itu.
Al-Auza’i menyatakan, boleh melihat mana-mana bahagian daging pada tubuh wanita. Sementara Daud az-Zahiri mengemukakan pendapat, boleh melihat seluruh tubµh bahagian wanita yang ingin dikahwini.
Bagaimanapun, kesemua pendapat itu ditol4k dan jumhµr ulama bersepakat untuk membolehkan bakal suami melihat wajah dan juga tangan wanita itu sahaja. Ini kerana, kedua-dua tempat tersebut adalah kawasan yang bukan aµrat pada ajnabi.
Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31:
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutµp kain tudung mereka hingga ke bawah dada.”
Bahkan dalam sebuah hadis menyebut, riwayat Abu Daud daripada Aisyah menceritakan, suatu hari kakaknya, Asma’ Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis. Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda, “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa h4id (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).”
Penglihatan muka dan tangan juga membawa beberapa maksud yang penting. Muka seperti yang sedia maklum, melambangkan kecantikan seseorang. Namun harus diingat, kecantikan itu adalah subjektif kerana ia tertakluk kepada pandangan setiap orang.
Sudah tentu ia berbeza pada penilaian orang tertentu. Sebagai contoh, si A melihat gadis A sangat cantik tetapi tidak pada pandangan mata si B. Begitulah Allah SWT meletakkan perasaan senang dan tenang itu pada keadaan yang berbeza setiap orang.
Wajah juga melambangkan air muka seseorang. Apabila memandang bakal isteri, ketika itu juga Allah SWT menVmpahkan rasa kasih dan sayang kepada lelaki itu, agar meneruskan hasratnya untuk bernikah. Tenang dan merasakan wanita di depannya itu boleh dididik, dan akan bahagia hidup bersama adalah salah satu cara Allah SWT memberi maksud bahawa wanita itu adalah jodohnya. Kalau bukan jodoh, cantik macam mana sekalipun, si lelaki akan menol4knya.
TANGAN PENENTU SUBUR.
Selain muka turut disarankan ialah melihat pada tangan wanita yang ingin dikahwini. Untuk apa? Di situlah terdapat pelbagai rahsia bagi mereka yang mengetahuinya. Menurut Imam Ghazali, tangan wanita melambangkan bentuk badan dan fizikal wanita berkenaan. Lantas bagi wanita yang solehah, mereka akan mengenakan pakaian yang longgar agar dapat memelihara aµrat dengan sempurna.
Tangan adalah lambang kesubµran wanita. Ia bukanlah ramalan, tetapi berdasarkan ilmu yang dimiliki namun tidak semua lelaki memilikinya. Tahap kesuburan sangat penting diketahui, sebagaimana hadis Nabi SAW yang menekankan supaya mengahwini wanita yang subµr dan Sabdanya:
Lambang kesuburan wanita terletak pada tangannya. carilah wanita yang subur.
“Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang terbanyak.” (Riwayat Abu Daud).
Apa pun panduan ini tidak disamakan dengan amalan tilik nasib kerana perbuatan itu amat diteg4h sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah: 30.
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya ar4k, berjµdi, berh4la, mengµndi nasib adalah perbuatan kej1 dari pada amalan syait4n. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.”
Yang penting nikahilah seseorang wanita itu sebagaimana yang disarankan dalam sabda Nabi SAW iaitu:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kedudukannya (keturunannya), kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang memiliki agama.” (HR. Bukhari Dan Muslim).
Untuk para wanita pula, Rasulullah SAW memberi peringatan agar mengahwini lelaki soleh sebagaimana yang tertera pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Imam Tarmizi.
“Apabila datang kepada kalian (para wali wanita) orang yang kalian reda agama dan akhlaknya (untuk meminang wanita yang di bawah perwalian kalian) maka nikahkanlah laki-laki itu, kalau tidak kalian lakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata.”
Selepas mendapat pilihan, Islam mengajarkan agar melakukan solat Istikarah dengan harapan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
Imam Bukhari meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.”
Kemudian hendaklah berdoa, “Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.
“Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.”
“Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.
Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesµdahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”
Sumber Feqh Muassir.