Pilu pergi mu Iskandar , ” Dijemput ajal motosikal langgar kayu getah terjatuh dari treler ”

 


Pekerja restoran makanan segera m4ut selepas motosikal ditunggang melanggar kayu getah yang terjatuh dari sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, m4ngsa Allahyarham Mohammad Iskandar Suhaimi, 22, m4ut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati muatan kayu getah treler dipandu lelaki berusia 40 tahun terjatuh di jalan berkenaan.

Beliau berkata, m4ngsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda bersendirian dipercayai gagal mengelak beberapa batang kayu terbabit.

Lelaki itu melanggar kayu berkenaan lalu terjatuh atas jalan,Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dan disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, pemandu treler bagaimanapun tidak cedera, Katanya, m4yat m4ngsa dibawa ke h0spital untuk bed4h siasat,Kes disi4sat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,katanya.

Sementara itu, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi bagi membersihkan longgokan kayu berkenaan pada 5.17 pagi. Al fatihah.

Related Posts