(video) “Sumpah sedih wehh” Respon Syamsul Yusof Tentang Ira Kazar Buat Netizen Kecewa
(video) “Sumpah sedih wehh” Respon Syamsul Yusof Tentang Ira Kazar Buat Netizen Kecewa
Seperti yang kita tahu, pelakon dan pengarah hebat, Syamsul Yusof terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangganya yang dikatakan ketika ini bagai telur dihujung tanduk disebabkan oleh pihak ketiga.
Hanya buat isyarat ‘kunci’ mulut
Semalam telah bersiaran satu program bual bicara berjudul ‘Hard to Heart’ di sebuah stesen televisyen yang dihoskan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang telah dihadiri pengarah filem Mat Kilau itu.
Tular satu sedutan temubual yang dimuat naik semula jabatannetizennegara20 memaparkan soalan yang diajukan kepada pengarah berusia 38 tahun itu mengenai kewujudan pihak ketiga dalam rumah tangganya yang dikenali sebagai Ira Kazar.
Siapa Ira Kazar tu, kepada awak?
Syamsul yang mendengar soalan itu hanya berdiam diri selama beberapa saat sebelum tenang membuat isyarat ‘mengunci mulut’ seolah-olah tidak mahu menjawab serta mengulas dengan lebih lanjut soalan daripada Pak Nil itu.
Netizen sedih lihat reaksi Syamsul
Perkongsian itu menjadi tular dan mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka kecewa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Syamsul selepas diajukan soalan itu.
Kalau betul tiada hubungan dengan Ira Kazar, jawab je lah kan? Kenapa memilih untuk berdiam diri?
Kredit: Instagram jabatannetizennegara20
sumber: ohmedia