Baru disahkan bebas Covid-19, Permaisuri sumbang katil lipat untuk frontliner

Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjamu ‘frontliner’ dengan air tangan baginda selepas mereka berjuang bagi merawat pesakit Covid-19.
Terbaru, baginda dan anakanda-anakanda berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat d Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).
“Ini sahaja yang saya dan anak2 mampu. Katil lipat untuk doktor dan jururawat serta petugas-petugas hospital untuk keselesaan mereka,” tulis Tunku Azizah di laman Instagram.
Posting berkenaan mendapat hampir 15,000 tanda suka dan ratusan komen netizen yang rata-rata terharu dengan keprihatinan baginda serta keluarga.
Alhamdulillah! Terharu sangat2
Moga dilimpahi rezeki & rahmat
Mereka layak dapat keselesaan
Terdahulu, keluarga Diraja itu selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari di Istana Negara dan disahkan bebas Covid-19.
Sumber : Instagram