Polis Bukan Islam Bantu Jaga Sekatan Ketika Anggota Muslim Berbuka & Solat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, kita telah melihat barisan hadapan gigih bekerja menjaga sekatan jalan raya tanpa hirau cuaca panas atau hujan demi memastikan rakyat Malaysia selamat.
Justeru sempena bulan Ramadan, sistem giliran dilaksanakan dengan menempatkan anggota polis bukan Islam di semua sekatan jalan raya di daerah barat daya, Pulau Pinang ketika waktu Maghrib.
Menerusi laporan The Star, tindakan itu dibuat bagi membolehkan anggota polis beragama Islam selesa untuk berbuka puasa walaupun sedang menjalankan tugas.
“Sempena Ramadan ini, saya mengambil inisiatif dengan menempatkan 39 anggota bukan Islam di lapan sekatan jalan raya ketika waktu berbuka puasa.
“Mereka akan mengambil alih tugas dari 7 malam ke 8 malam bagi membolehkan anggota beragama Islam yang bertugas berbuka puasa dengan selesa selain menunaikan solat,” kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan.
Tambah Supritendan A. Anbalagan, beliau yakin sistem ini juga dapat memupuk semangat di kalangan anggota polis sekaligus mewujudkan masyarakat yang harmoni, penyayang dan memahami.
Sumber : The Star

Related Posts