Ini tindakan terbaru Bapa Adib kepada Peguam Negara


Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.
Beliau berkata representasi itu adalah bagi mendapatkan pendirian terkini AGC susulan pertukaran Peguam Negara pada 6 Mac lepas, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas Peguam Negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas tersebut.
Menurut Aidil, AGC diharap dapat memberikan jawapan supaya pihaknya dapat menasihati Mohd Kassim untuk tindakan seterusnya terhadap rayuan yang difailkan anak guamnya itu pada 11 Feb lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jan lalu, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.
Peguam itu juga berkata pengurusan kes rayuan itu yang ditetapkan hari ini di Mahkamah Rayuan telah dilapangkan berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Sistem e-filing kehakiman menyenaraikan tarikh baharu pengurusan kes ialah pada 12 Ogos depan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghi1na mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kemat1ian anaknya.
Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas.
Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghi1naan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lepas, berhubung punca kemat1ian anaknya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembvuskan na4fas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran keced3raan p4arah dialaminya dalam rvsuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kemat1ian Muhammad Adib disebabkan perbuatan j3nayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Dua Tahun Pemergian Adib, Uniform Lengkap Milik Arwah Dipamer Tanda Ingatan
Pada 4 Mei setiap tahun, anggota bomba dan penyelamat akan menyambut Hari Bomba Sedunia bagi memperingati tugas serta jasa mereka kepada masyarakat.
Umum sedia tahu bahawa ramai anggota bomba di negara kita telah terkorban semasa bertugas dan kisah-kisah mereka amat diingati sehingga ke hari ini.
Paling diingati sudah tentu tragedi rusuhan kuil di ibu kota sehingga mengakibatkan seorang anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim terkorban.
Kenangan allahyarham PB Adib
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook, dia telah berkongsi beberapa gambar barangan peninggalan allahyarham Adib yang disimpan kemas di balai bomba tempat terakhir Adib bertugas.
Memorial khas buat Adib
Dalam perkongsian tersebut, satu rak khas yang menyimpan pakaian ketika Adib bertugas di balai bomba tersebut telah diabadikan di suatu sudut sebagai tanpa mengenang jasa wira itu.
Dari uniform, sut PPE serta selipar allahyarham telah dipamerkan sebagai tatapan kepada mereka yang datang melawat balai bomba Subang Jaya.

Related Posts