“Kita tak kejam, mereka ceroboh negara kita.” -PATI dicekup, ini jawapan Ismail Sabri

Umum sedia maklum bahawa sebelum ini dua kawasan yang diletakkan dalam zon Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) iaitu Malaysian Mansion dan Selangor Mansion merupakan kawasan yang majoritinya warga asing.
Walaupun mereka diletakkan dalam PKPD ekoran ramai yang disahkan positif Covid-19 disebabkan kawasan tempat tinggal yang padat, kebajikan mereka tetap dijaga.

Mereka tetap PATI!

Namun begitu, agensi-agensi kerajaan tetap mengambil peduli berkaitan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bermaharajalela di sana. Jadi, gempur PATI secara besaran telah dilakukan semasa PKPD kerana lebih mudah mengenalpasti mereka.
Menjawab isu PATI, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh agensi kerajaan pastinya tepat kerana golongan PATI  tetap salah kerana melanggar peraturan negara kita.
Tangkapan terhadap PATI sewaktu PKP adalah wajar. Mereka tidak pernah dianiaya. Mereka dilayan dgn baik.

Namun selepas PKPD di Masjid India ditamatkan, kita tdk boleh bebaskan mereka krn status mereka adalah pendatang tanpa izin. Maka Jabatan Imigresen mesti mengambil tindakan.
2,394 people are talking about this

Waktu paing tepat banteras PATI

Susulan daripada video yang yang dimuat naik di Twitter rasmi Menteri Pertahanan itu, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang disampaikan.

Rakyat sangat menyokong

Mana ada negara yang pejam mata je isu PATI ni

Tindakan yang sangat tepat

Lebih mudah dikesan

Sebelum ini, Berita Harian telah melaporkan bahawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah telah digempur oleh agensi kerajaan terutamanya di Masjid India.
Operasi yang dilakukan dikatakan mudah kerana mereka semua sedang berada di tempat tinggal masing-masing berikutan arahan PKPD yang dikeluarkan kerajaan.
Usaha tersebut dilihat berhasil atas kerjasama daripada beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa tangkapan tersebut adalah wajar kerana mereka menceroboh negara kita. Namun begitu, pihak kerajaaan tidak pernah mengabaikan mereka dan dilayan dengan baik semasa PKPD ini.

Related Posts