“Kekalkan hati memaafkan…” – Dikata tak ‘move on’, isteri Dai Farhan pilih berdiam diri

Semalam media digemparkan sekali lagi dengan kisah pasangan ‘aura ke-19’ siapa lagi kalau bukan Dai Farhan dan Dr Erin, yang baru-baru ini dikhabarkan sudah bercerai.
Berita penceraian itu sebelum ini dimaklumkan sendiri oleh Dr Erin menerusi laman Instagramnya, telah bercerita panjang berkenaan kisah rumah tangganya bersama Dai Farhan dan juga bekas madunya, Fatin Nurul Ain.
“Saya tahu pihak sana tak boleh move on…”
Dr Erin memaklumkan sudah bercerai pada 27 April selepas dia sendiri meminta untuk dilepaskan, agar Dai Farhan kembali rujuk bersama isteri pertamanya, disekitar Februari lalu disebabkan ustaz tidak sanggup berjauhan dengan anak-anak.
“Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana (bekas madu) juga tak boleh move on…”
Emosi bekas madu bertukar2
Tiada niat nak aibkan sape2
Diam itu lebih baik
Sementara itu, menjengah ke Instagram Fatin, isteri pertama Dai Farhan, dia hanya mahu mengambil langkah untuk berdiam diri dan hanya mahu memaafkan segala pandangan serong segelintir pihak terhadapnya.