Ambil ‘Mood’ Kembali Mengajar, Cikgu2 Riang Bergambar Dengan Baju Sekolah

Hari ini merupakan hari permulaan persekolah bagi kelas-kelas peperiksaan seperti tingkatan 5 dan 6. Jadi pastinya ramai yang ternanti-nanti perkhabaran positif dari dalam pagar sekolah.
Bergambar dengan seragam sekolah
Bukan hanya anak murid sahaja yang ternanti-nanti hari pembukaan sekolah, guru-guru turut sama merasakan perkara tersebut apabila sebahagian daripada warga pendidik di SMK Aman Jaya Sungai Petani telah memakai baju sekolah pada 20 jun lagi sebelum para pelajar kembali ke bilik darjah.
Foto tersebut telah dimuat naik oleh pengetua sekolah tersebut apabila mengucapkan terima kasih kepada barisan guru di sekolah kendaliannya yang bersemangat untuk memulakan kembali tugas di sekolah.
Penjarakkan sosial diteruskan
Selain daripada sekadar bergambar sahaja, dapat kita lihat bahawa para guru dan juga staf pentadbiran menunjukkan SOP yang betul dalam melalui norma baharu pembelajaran apabila beratur di kantin dengan jarak 1 meter serta memakai pelitup mulut.
Perkongsian yang dibuat oleh pengetua sekolah itu merupakan salah satu inisiatif sekolah bagi menyambut kedatangan para pelajar bagi memulakan persekolahan pada hari ini.
Penerangan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan memerlukan para guru dan staf pentadbiran bersiap sedia dalam segala hal bagi memastikan pelajar-pelajar selamat dan kesihatan mereka juga terjamin apabila sesi pembelajaran dimulai.
Sumber: Zainurin Mat Noor