Pengantin PKP pasti gembira, majlis perkahwinan dibenarkan mulai 1 Julai


Seperti biasa, sidang media kluster keselamatan berhubung pendemik Covid-19 oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berlangsung sebentar tadi.

Dah boleh buat majlis

Hari ini, beliau memaklumkan bahawa sebarang majis sosial seperti majlis perkahwinan, pertunangan, majlis tahlil, ulang tahun kelahiran dan reunion sudah mulai dibenarkan bermula 1 Julai 2020.

kena ikut SOP

Walau bagaimanapun, setiap majlis yang ingin dilakukan perlulah mengikut SOP yang ditetapkan seperti penyediaan kaunter saringan di pintu masuk, mengambil suhu dan mendaftar butiran diri.
 Tetamu juga digalak memakai pelitup muka dan makanan secara hidangan, atau makanan dihidangkan oleh pramusaji kerana makan secara buffet tidak dibenarkan.

Gagal ikut, tiada majlis

Dalam pada itu juga, Datuk Seri Ismail Sabri turut menegaskan bahawa jika orang ramai tidak mampu memaatuhi SOP tersebut,  lebih elok jika tidak melakukan sahaja majlis itu.

Related Posts