Ibu dan bayi enam bulan maut dalam kemalangan
Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia enam bulan maut selepas kereta Nissan Cefiro yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 21 Jalan Renggam-Simpang Renggam dekat Kluang petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata kejadian pada 3.35 petang itu menyebabkan mangsa, Norashidah Zakariah, 35, yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Nur Azra Hannan Muhammad Shahril meninggal dunia di sebuah klinik di Renggam.
“Muhammad Shahril dipercayai telah memotong sebuah lori dan melanggar kenderaan Mohd Zul yang datang dari arah bertentangan sehingga mengakibatkan perlanggaran kedua-dua kenderaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA