Berdebu Kena Clamp, Netizen Cadang Kereta Milik Penumpang MH370 Masuk Muzium


Berdebu Kena Clamp, Netizen Cadang Kereta Milik Penumpang MH370 Masuk Muzium

8 tahun memendam rindu…menyulam harapan agar pesawat ditemui

Tanggal 8 Mac 2014 akan sentiasa terpahat dalam ingatan kita semua terhadap misteri pesawat penerbangan MH370, yang sudah masuk tahun ke-8 lenyap tanpa sebarang kesan. Ia sekali gus menimbulkan banyak persoalan tentang apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat yang membawa 239 anak kapal serta penumpang terbabit.

Paling terjejas susulan kehilangan tersebut pastinya waris dan ahli keluarga yang terlibat. Saban tahun mereka memendam rindu, menyulam harapan serta berdoa mengharapkan keajaiban agar misi pencarian pesawat berkenaan menemui titik noktah. Bahkan hati kembali berbunga setiap kali ada petunjuk baharu, namun sayangnya sehingga hari ini mereka hanya pulang dengan kekecewaan.

Sejarah hitam…kereta dipercayai milik penumpang atau krew MH370 kena clamp sampai penuh debu

Baru-baru ini, 1 perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok yourjiranstory nyata mengundang sebak ramai tatkala berada di ruang parkir KLIA. Penuh disaluti dengan debu, sebuah kereta yang sudah tersadai selama 7 atau 8 tahun di sana dipercayai milik salah seorang penumpang ataupun anak kapal MH370. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dialihkan sewenang-wenangnya kerana masih kena clamp.

Patutnya disimpan oleh muzium…mesti orang akan ingat sampai bila-bila

Perkongsian video berdurasi 25 saat itu nyata mendapat tumpuan ramai, sekali gus meraih lebih sejuta jumlah tontonan setakat ini. Daripada tersidai begitu saja, sesetengah netizen mencadangkan agar semua kereta milik krew atau penumpang MH370 dimasukkan ke muzium jika tidak dituntut waris.

Kredit : TikTok yourjiranstory

Related Posts