Ibu Usia 72 Tahun Trauma Lima Anak Buat Laporan Polis Dakwa Gadai Geran Tanah Pusaka.”Saya Pasrah Dibuat Begini.


Dek angkara harta pusaka, lima anak membuat laporan polis mendakwa ibunya telah mengadaikan geran tanah arwah ayahnya.

Berita ini telah mengemparkan para netizen yang memberikan pelbagai komen. -Sebagaimana laporan Kompas.com baru-baru ini.

Wanita tua dikenali sebagai Rodiah yang berusia 72 tahu sebak tidak dapat menahan tangisan apabila mengetahui dakwaan itu dilakukan oleh anaknya sendiri.

Tiga hari selepas suami meninggal 5 anak tuntut harta.

Lapor Kompas.com lagi, warga emas itu memberitahu, anak sulungnya, sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar itu yang disimpannya selepas suaminya, Zein Choir meninggal dunia.

Malah, semua anaknya, seramai lima orang telah mendesak supaya tanah tersebut diagihkan segera. Kejadian itu berlaku selepas tiga hari bapa mereka meninggal dunia.

Ambil geran secara senyap

Wanita itu mendakwa tidak menyangka tindakannya yang tidak mahu memberikan geran kepada lima orangnya telah mengakibatkan anaknya membuat laporan polis, sedangkan secara senyap-senyap telah menggambilnya.

“Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).

“Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang laporkan saya kepada polis,” katanya yang lumpuh kedua-dua kaki akibat strok dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda, .

Trauma

Perlakuan mereka itu telah membuatkan dirinya menjadi trauma dan sering merasa takut apabila mendengar bunyi pintu rumahnya diketuk. Dia takut didatangi kelima anaknya kerana sering diancam.

Perlakuan lima anaknya itu membuat dirinya trauma. Dirinya sering merasa takut ketika mendengar bunyi pintu rumahnya diketuk. Bimbang sering diancam oleh anak-anaknya.

“Saya pasrah saja dibuat begini. Saya punya Allah SWT, serahkan semua nasib kepadanyaNya,” katanya sambil mengusap air mata.

“Anak Aku 8 Orang, Sorang Pun Tak Balik Jenguk Aku”, Luahan Seorang Bapa Yang DISlSlHKAN Anak.

Sejak kecil anak dijaga, dibelai dan dimanja, banyak kehandak mereka ibu bapa akan penuhi, dari keringat dikerah, titik pel0h yang dicurahkan demi mencari sesuap nasi menyara keluarga anak-anak agar hidup sempurna.

Namun, ada antara mereka bila anak-anak dah besar dan berjaya, diri mereka akan disis!hkan, hidup berseorangan ataupun ‘diIempar’ di rumah orang tua tanpa anak-anak sedar, itulah insan yang menjaga mereka dahulu.

Walaupun apa yang admin cakap ini bukan semua orang lakukan, tetapi ia memang ada terjadi dalam masyarakat kita tidak kira bangsa atau agama.

Di kongsikan oleh sebuah kisah yang cukup memiIukan, satu pengalaman saudara Aznan Abdul Latiff ketika menyertai program “Sekampit Beras” anjuran Pemuda ISMA Melaka baru-baru ini di mana mereka telah pergi ke rumah seorang warga emas ni yang dikatakan duduk berseorangan yang kita boleh amik iktibar dan peng4jaran.

Dia dikatakan mempunyai ramai anak, tetapi seorang pun anaknya balik menjenguknya.

Jom kita baca coretan pengalaman saudara Aznan.

SETIAP tahun bila tiba bulan Ramadan akan ada ramai insan yang pemurah. Seperti kebiasaan, saya pergi menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Cuma tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun yang lain dan tahun ini pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Biasanya sebelum ni bantuan beras dan barang keperluan akan saya panjangkan ke rumah anak yatim ataupun madrasah seperti diminta oleh yang memberi. Tapi tahun ni tak sama. Saya pergi ke rumah-rumah orang kampung yang mana senarai nama saya dapat daripada pihak masjid. Ada 10 buah rumah yang kami pergi semalam dan pelbagai kisah dan teladan yang kami dapat.

Tetapi rumah pertama yang saya dan rakan-rakan pergi ini akan menjadi ingatan kepada kami. Apabila mengingatinya berlinangan air mata saya.

Kami berhenti di depan sebuah rumah yang agak us4ng. Kelihatan seorang pemuda sedang sib0k memasukkan besi bur0k ke dalam kenderaannya dan juga seorang pakcik tua yang memerhatikan pemuda tu dari depan rumahnya. Kami memberikan salam dan bersalaman dengan pemuda dan pakcik tu sambil di tangan kami membawa sedikit barang untuk disumbangkan dan juga bubur lambuk yang diberikan masjid selepas solat Asar tadi.

“Pakcik apa khabar?,” saya memulakan bicara.

“Ini ada sedikit sumbangan buat pakcik.”

Pakcik itu menjawab salam kami dan mengambil barang yang diberikan. Kemudian beliau masuk sebentar ke dalam rumah untuk menukar pakaian disebabkan beliau hanya bertuala lusuh sewaktu kami sampai tadi.

Kemudian pakcik keluar. Sekali lagi saya terus bertanyakan khabar pada pakcik tu.

“Pakcik sihat? Pakcik duduk sorang aje ke?”

“Pakcik sihat. Anak ini datang dari mana?”

Saya pun menerangkan kami dari mana dan tujuan kami datang. Terpancar sedikit senyuman di raut wajah tua pakcik tu apabila disapa dengan ramah oleh kami ketika berbual.

Saya terus menanyakan soalan lagi, bagi memesrakan keadaan.

Saya bertanya lagi, “anak pakcik tak balik ke?”

Seketika itu juga wajah pakcik tu berubah.

“Anak pakcik ada 8 orang. Sorang pun tak balik tengok pakcik. Apalah nasib pakcik ni,”luahnya.

Kami terus terdiam.

Dan ketika itu jugalah pakcik tu angkat tangan dan berdoa di depan kami.

“Ya Allah, kau cabutlah ny4waku. Dah tak ada gunanya lagi aku hidup. Kau m4tikanlah aku Ya Allah.”

Kelihatan genangan air mula berkumpul di kel0pak mata pakcik tua itu. Kami sedikit tersent4k dengan apa yang kami dengar daripada mulut pakcik tu. Tergamam juga melihat keadaan pakcik ketika itu.

Kami k4ku seketika. Seorang bapa begitu sed!h sehingga meminta Allah mencabut ny4wanya kerana sudah lama anaknya tidak pulang ke rumah.

Kami cuba sabarkan dan tenangkan pakcik dengan memberi sedikit nasihat dan harapan. Kami tak kenal pun siapa pakcik ni. Kami tak kenal pun 8 orang anak pakcik ni. Kami tak tau apa kerjaya anak-anak pakcik ni. Kami tak tau apakah harapan yang kami berikan pada pakcik tu untuk menanti kepulangan anaknya adalah harapan paIsu atau mampu jadi realiti.

Kami tak tahu sejarah panjang hidup pakcik ini bersama anak-anaknya.

Tapi, saya berdoa pada Allah semoga urusan pakcik ini dipermudahkan. Saya berdoa agar anak pakcik ini pulang untuk menziarahi ayahnya. Saya berdoa agar lebih ramai yang datang membantu pakcik ini.

Kita adalah anak kepada ibu dan bapa kita.

Merekalah yang banyak berbakti kepada kita.

Mungkin tak mudah untuk kita lafazkan kata-kata sayang pada orang tua macam yang mereka ucap pada kita waktu kita kecil dulu. Mungkin juga kita tak mampu memberikan kemewahan pada mereka. Tapi yang pasti kita boleh sentiasa berdoa dan berbuat baik kepada mereka. Pulanglah di hari raya ini demi orang tua kita.

Jika ada masalah yang berIaku kita tidak tahu, ketahuilah, seter0k atau sebur0k manapun dia, dia tetap ayah kita, insan yang banyak berk0rban untuk besarkan kita dan dar4hnya mengalir dalam tub0h kita.

Sumber : http://viralkencang.com/

Related Posts