Tragedi konvoi pulang makan malam, ” Ibu & anak lelaki ajal bersama ”


Perjalanan pulang 31 ahli keluarga ke rumah masing-masing selepas menikmati makan malam di Gemas di sini ber­akhir dengan tr4gedi apabila dua daripada mereka m4ut dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan malam kelmarin.

M4ngsa yang men1nggal dunia dalam kejadian pada pukul 11.50 malam itu ialah Mohd Azharruddin Azmee, 34, dan ibunya, Nor Rohaini Masri, 62.

Dua beranak itu yang cedera p4rah di kepala disahkan m4ut di lokasi kejadian di Jalan Besar Felda Palong 4, di sini.

Anak Nor Rohaini, Mohd. Kamarul Hafiz Azmee, 36, berkata, dia berasa terkilan kerana tidak sempat melihat ibu dan adiknya memotong kek hari lahir mereka semasa pulang beraya di Felda Palong 12 pada Rabu lalu kerana terpaksa bertolak ke Kuala Rompin.

Itulah pertemuan terakhir kami, Saya tidak pasti sama ada mereka sudah atau belum memotong kek yang dibeli oleh isteri, Jika belum, saya tidak sanggup melihat kek itu lagi.

Saya mengetahui n4has yang menimpa ibu dan adik menerusi kumpulan WhatsApp tetapi tidak mengetahui keadaan mereka,katanya ketika ditemui di Unit F0rensik Hospital Jempol di sini semalam.

Menurut pemuda itu, dia ha­nya mengetahui dua ahli keluarganya maut semasa dalam perjalanan pulang ke daerah ini.

Menggigil tangan apabila mengetahui ibu dan adik sudah tiada. Saya tenangkan diri sebentar sebelum meneruskan pemanduan, katanya.

Katanya, ayahnya, Azmee Md. Rawi, 67, yang baru menjalani pembed4han di bahagian usus masih bersedih dengan kejadian tersebut yang berlaku pada hari keempat Syawal.

Sementara itu, adik Nor Rohaini, Laila Masri, 53, berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas makan malam bersama 31 ahli keluarga­nya di Gemas.

Kami menaiki tiga buah kenderaan termasuk Toyota Avanza yang dinaiki arw4h kakak dan anak saudara, Saya tidak berani melihat kem4langan itu, anak-anak yang membantu sementara menunggu ketibaan ambulans,katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, dua MPV Toyota Avanza serta lori jenis Nissan UD.

Siasatan awal mendapati semasa kejadian Proton Exora yang dipandu wanita berusia 35 tahun dalam perjalanan pulang beraya dari Dungun, Terangganu ke Me­laka melalui Jalan Palong.

Setibanya di tempat kejadian, pemandu yang dipercayai me­ngantuk atau keletihan hilang kawalan dan melanggar salah satu tayar lori yang datang dari arah bertentangan.

Proton Exora itu kemudian melanggar MPV jenis sama dan sebuah Toyota Avanza. Pada masa sama, sebuah lagi Toyota Avanza tidak sempat mengelak dan melanggar kenderaan yang terlibat n4has, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

M4yat dua beranak itu dihantar ke Hospital Jempol bagi pro­ses bedah siasat,Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.

Related Posts