Arwh Ikin baru dapat lesen,” Dia teruja nk jln jauh x sangka kini prgi selamanya ”
Arw4h adik saya teruja baru dapat lesen memandu dan berhasrat mahu bercuti panjang bawa keluarga berjalan-jalan, kata Nur Muhaimin Abdul Aziz.
Nur Muhaimin, 37, adalah abang sulung kepada tiga beradik yang terbabit dalam kem4langan di Jalan Telaga Papan, di sini, petang semalam ketika dalam perjalanan merakam gambar meraikan perk4hwinan kakak mereka, di Pantai Penarik Rhu 10.
Dalam kejadian pada 6 petang itu, seorang m4ngsa yang juga guru, Nurul Salikin Abdul Aziz, 25, yang memandu kereta Honda City disahkan men1nggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Setiu.
Manakala dua penumpang yang juga adik m4ngsa dikenali sebagai Siti Nur Ummi Nabihah, 19, penumpang hadapan dan Nur Qaseh Balqis, 10, penumpang belakang parah.
Muhaimin berkata, kali terakhir dia berjumpa arw4h ketika di majlis meraikan dua pasangan adik beradik mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan, semalam.
Semasa kejadian itu, arw4h berkonvoi tiga kereta bersama sepasang pengantin yang juga adik saya nombor tujuh dan kereta arwah berada di tengah manakala kereta belakang dinaiki jurufoto perkahwinan.
Satu lagi pasangan pengantin iaitu adik nombor enam sudah keluar lebih awal melakukan sesi bergambar di Pantai Mangkuk.
Adik nombor tujuh sudah bernikah pada Februari lalu tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia melangsungkan majlis persandingan sekali dengan kakaknya, semalam, katanya.
Menurutnya, arw4h adalah anak kelapan daripada 13 adik beradik dan sangat rapat dengan keluarga serta disenangi rakan sekerjanya di sekolah.
Katanya, arw4h berhajat mahu menghantar sendiri datuknya pulang ke Pulau Pinang dengan menaiki kereta selepas selesai majlis perkahwinan semalam.
Pemergiannya amat dirasai keluarga dan rakan kerana arw4h pergi secara mengejut tanpa menunjukkan sebarang perubahan ketara.
Ummi dan Qaseh dipindahkan daripada Hospital Setiu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu malam tadi.
Kedua-dua adik saya sudah sedar, mereka ceder4 di muka dan beberapa bahagian badan lain serta sedang menjalani rawatan rapi di hospital, katanya.
Muhaimin berkata, arw4h Nurul Salikin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chalok Kedai, hari ini. Al fatihah.